COUNTER

February 2007

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28      

CHATTING

Powered by Friendster Blogs

February 22, 2007

Saja.

Aku ingatkan dah malas nak menulis kat blog aku ni. Nak kosentret kat blog baru aku je.Tapi tergerak plak aku nak menulis kat sini ari ni.

Sebab apa? Sebab pagi tadi ada kelas. Kenapa plak ada kelas. Kan TNC dah kuar memo kelas takde. Aku sedap2 je tido kat umah.

"Group yang present ari ni tp tak datang present sem depan" Lecturer.

Huh! Group aku la tu. Cinabeng tul. Ah! Tak pasal2 kena bodek lecturer plak lepas ni. Perkara paling aku tak suka buat.


Jom singgah blog aku http://payakubor.blogspot.com/

February 13, 2007

Gajah Putih

Aku dah berpindah ke http://payakubor.blogspot.com/.  Jika ada yang sudi dan berminat membaca repekan aku..lawat-lawatlah blog baru aku.  Sekian Terima Kasih.

February 12, 2007

Kiasan.

Kadang-kadang kita rasa menyampah bila dengar orang lain melucah. Macam aku juga yang menyampah bila dengar gadis yang hodoh melucah. Gadis yang cantik tidak pula aku rasa menyampah bila melucah. Adil sungguh aku kan. Hahahaha.

Aku juga kadang-kadang melucah. Er..selalu jugak la. Kadang-kadang bila terjumpa dengan member2 perempuan yang seksi dan berbaju ketat aku akan berkata, "Aku tau saiz bra ko brp". Bila aku cakap macam tu apa yang korang fikirkan. Adakah aku gatal tahap cipan dan aku sedang berangan2 alangkah syoknya jika aku dapat memakaikan bra pada member aku tadi.

Ataupun aku cuba nak bagitau yang baju member aku ketat sehingga orang lain boleh tau nasi lemak dia seringgit, dua ringgit atau hanya 50 sen. Jgn bagi lelaki lain tau berapa harga nasi lemak korg. Rugi..mcm aku yang selalu terasa rugi. Lagi2 kalau nasi lemaknya hampir terkeluar dari bungkusan. Memang pembeli terliur dengan keputihan nasi tersebut tp yang terbungkus rapi juga yang jadi pilihan akhirnya.

Andaian yang aku sedang berangan2 alangkah syoknya jika aku dapat memakaikan bra pada member aku tadi tu memang salah 200%. Aku tak penah berangan-angan nak pakaikan bra. Aku (aku=lelaki) hanya tau bukak bra, lepas tu pandai-pandai korang la nak pakai sendiri. Habis madu sepah dibuang.

Korang rasa menyampah ke baca entry aku ni. La..menyampah ke. Berfikirlah mcm aku..aku tak rasa menyampah bila gadis cantik melucah. Kenapa jejaka kacak melucah korang menyampah.

Merepek Merapu Meraban + melucah sungguh entry aku kali ni.

ps: diolog kat atas aku pernah ucapkan minggu lepas tp tiada kena mengena dengan entry ini. Aku hanya terkenangkan baju yang baru dibeli oleh...ah..lupakan je lah.



February 10, 2007

Grrr...Kite Yg Brutal...

pengadil hadiahkan team kite 2 kad merah...
kite marah..kite serang pengadil...
aku tak paham..sungguh...

pengadil hadiahkan 2 kad merah pada lawan kite...
kite marah..kite serang pemain lawan...
aku tak paham..sungguh...

yang marah itu penyokong...
penyokong yg belum tentu pandai sepak bola...
aku tak paham..sungguh...
dan aku juga malu...sungguh sungguh sungguh malu...

mujur juga pemain bola kite tak tergila2 nak berkawan dgn artis...


ps utk Mas I : abang ko 'main cantik malam td'..er..er..maksud aku gaya permainan bola sepak abg ko bagus..

ps utk Mas II : aku ckp bagus sbb pandai dia 'simpan bola'..er..er..maksud aku bola sepak...

ps utk Mas III : er..er..aku takut ko silap paham..sungguh aku x pernah tgk abg ko 'main'..sungguh aku x penah tgk 'bola' abg ko..kalo ada peluang pun aku tak akan tgk..aku malu..sungguh aku malu nak tgk...


ADAKAH AKU AKAN MENJADI JEJAKA PEMALU SEPERTI MAWI...EH..MAWI JUGAK...

February 08, 2007

Berkebun Dlm Bas

Polis trafik akan menempatkan anggotanya yang lengkap beruniform dalam bas ekspres sepanjang 15 hari Ops Sikap XII yang akan bermula Ahad ini.

Katanya langkah ini diambil untuk menjamin keselamatan penumpang. Pemandu bas akan lebih berhati-hati dan dapat mencegah org awam yg menyamar sbg anggota polis.

Tanpa disedari akan adalah pasangan kekasih yang meratap hiba kerana tidak dapat 'berkebun' di dalam bas ekspres. Maka selamatlah penumpang lain daripada tertonton atau sengaja menonton adegan kaki gadis terangkat-angkat akibat 'dikebunkan'. Ekspresi jejaka sedang 'berkebun' kompem aku x 'tertonton'..x selera aku.

Eh..bas kl-tg malim ada x polis trafik ye. Awas..jgn malukan diri sendiri.

February 02, 2007

Tak Sudah2 Masalah Posting

Statement paling menyakitkan hati aku bila student UPSI persoalkan apa perlunya KPLI. Kite persoalkan apa perlunya KPLI sedangkan ramai student UPSI x posting2. Kite x ckp pun dorg ni x bagus tp bole plak dorg jawab dgn alasan2 yg mengkomdem kite. Yg menampakkan kite ni sgt2 la x bagus.


1. KPLI kata student UPSI blaja main2 sbb igt kompem dpt posting. Kalo cgpa rendah, mcm mane kerajaan nk amik jd cikgu.

Suka suki mak bapak dia je ckp kite blaja main2..mcm la korg blaja bagus sgt..membe2 aku ramai amik KPLI..result dorg time degree dulu tahap najis je kalo nk dibandingkan dgn result bdk2 kelas aku skrg..result aku yg x seberapa ni pun jauh lagi bagus dari membe2 KPLI aku tu...

Kalo cgpa rendah, mcm mane kerajaan nk amik jd cikgu konon. Yg korg dpt cari kerja xplak ckp sbb cgpa korg rendah. Pala otak letak kat bontot ke apa. Mcm sial je.

Tp kita xbole ckp dgn dorg mcm tu sbb xsemua yg amik KPLI tu result dorg teruk. Lagi pun kite kan bakal cikgu yg bitaraaaaa lagi terbilangggggg…Kite jwb la jgn senang sgt nak tuduh2. Blaja apa pun..kat mane2 pun.. mesti ada student yg main2 punye…Lagi pun student KPLI rasanya ada alasan utk blaja main2 berbanding kami sbb KPLI confirm dpt posting..kiteorg xconfirm posting..kena blaja betul2..kalo kami x dpt posting kami bole try kat private school..


2. KPLI kata student edu xpandai pilih opsyen. Dapat tawaran terus terima sbb ghairah sgt nk masuk U.

Sape kata kite silap pilih opsyen. Kat sini student yg amik subjek kritikal pn berjanggut tunggu posting. Lg pun siapa bdk2 KPLI ni nak ckp kita xpandai pilih opsyen..Kalo kite xpandai..dorg ni  kite nak kata pandai sgt ke atau bodoh bangang bahlul sgt2. At least  kita pilih bidang pendidikan tp dorg amik bidang apa dulu. Pastu sibuk2 nak terjun bidang pendidikan.


 

Ramai di antara kite pikir benda ni semua x adil..sepatutnye kite la didulukan sbb kite mmg student education berbanding dorg yg ntah minat ke x nk jd cikgu. Ada yg ikhlas mengaku memang xminat jd cikgu tp atas sbb susah nak cari kerja..dorg pun mintak la KPLI. Tp ramai yg mengaku mmg minat..mmg ikhlas nk jd cikgu. Dulu aku percaya dorg mmg berminat mmg ikhlas nak jd cikgu. Tp situasi baru2 ni wat aku terpikir semula.

Kalo betul la kebanyakan student KPLI ni mmg minat sgt mmg ikhlas nak jadi cikgu..kenapa sambutan DPLI x berapa menggalakkan.. 900 org ditawarkan DPLI kat UPSI ni tp yg daftar 500 org je. Mane pegi lagi 400 org tu. Hampir separuh tolak tawaran atau xnak daftar DPLI ni. Dorg tolak sbb dorg igt  DPLI xsama dgn KPLI..Igt DPLI mkn masa 3 tahun & xde elaun..ye la kan, dah tukar dari kursus ke diploma & dibuat di IPTA. So mane peginya minat yg sgt2 nak jd cikgu tu..Apsal smpi 400 org xjd daftar. Minat taik kucing..ikhlas taik anjing.

 

Aku bkn xpercaya pada rezeki Allah tp KPLI/DPLI ni mmg pelik. Kononnya perlu sbb kekurangan guru tp kalo betul guru kurang, kenapa masih ramai lepasan UPSI xposting2 lagi. Td jiran aku datang tanya2 pasal posting ni. Isteri dia still x dipanggil posting. Kite org cek sama2 Semakan Penempatan Guru GSST Bil. 3/2007 tp mmg xde jugak nama isteri dia. Mane la abang ni x risau..isteri dia umur dah 42 tahun. Walaupun aku masih sweet 17 tp aku pn risau gak nasib aku nanti.

January 28, 2007

Hantaran dan AF5-apa kena mengena ke?

Petikan dari Metro Ahad.

 

Bertunang jejaka ‘Mat Saleh’

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN


PETALING JAYA: Jika dilihat kepada rekod lalu, penyanyi genit, Siti Sarah Raisuddin atau Sarah, 23, selayaknya dinobatkan sebagai antara penyanyi wanita yang menerima wang hantaran paling tinggi apabila bakal menerima wang hantaran RM40,000 serba satu.


 

Wah..dinobatkan gitu..ayat tak hengat. Kita dah ada mcm2 anugerah dalam industry hiburan. Mungkin lepas ni kite perlu tambah satu lagi award..’artis paling tinggi wang hantaran’..Kepada peminat Mawi..jgn kecewa ye..anugerah ini tidak melibatkan undian sms dan hanya untuk artis wanita sahaja. Kalau award ini melibatkan sms dan mawi bertukar kepada Siti Normawi..pasti mawi menang lagi. Er..er..AF5 dah nak mula..Ada perempuan2 di luar sana yang teringin putus tunang tetapi glamer selepas putus tunang, jadi artis rakaman walaupun suara sumbang..sumbang yang amat walaupun menyanyi secara miming..jgn tunggu lama2..suruhlah tunang anda menyertai AF5. UPSI idol tidak menjanjikan apa2.


Malah, Sarah juga melakar sejarah tersendiri apabila majlis pertunangannya dengan jejaka ‘Mat Saleh’, Muhamad Harith Fuad Robinson, 24, (Fuad) berlangsung dalam suasana meriah di Hotel Armada, di sini.

Bagaimanapun, bagi bapa Sarah, Raisuddin Hamzah, 50, dia mengakui segala ‘kelainan’ itu hanya kebetulan.

“Secara kebetulan, pihak hotel (Armada) sudi menaja, (justeru) majlis ini (pertunangan) diadakan di sini.

“Mengenai jumlah wang hantaran, ia bukan sesuatu yang luar biasa kerana jumlah itu (RM40,000) sesuai dengan keadaan semasa,” katanya.


Wah..aku ternganga buat kali kedua. RM40 000 tu sesuai dengan keadaan semasa. Mujurlah aku bukan ‘Mat Saleh’..hanya perasan mcm ‘Mat Saleh’ walaupun bonsai..dan mujur juga aku hanya Salehuddin. Last punye mujur..mujur tunang aku bukan artis walaupun kami selalu perasan kami mcm artis. Kalo tidak terpaksa la aku mencuba nasib kat AF5 demi nak mengumpul duit hantaran yang kononnya mengikut keadaan semasa.

January 27, 2007

Cikgu Yg Bitara Lagi Unggul

Minggu ni korg semua prasan tak ada 2 berita yang ada kait-mengait dgn cikgu. Yang pertama kes seorang bapa yang menggelar dirinya sebagai ‘AYAH TAHU DOSA PAHALA’ yang berasal dari Serdang. Si ayah ini mempersoalkan sekolah paksa anaknya (darjah 5) pakai tudung. Pendek kata si ayah ini tidak setuju dengan undang-undang sekolah yang mewajibkan setiap pelajar perempuan memakai tudung. Kes ini sebenarnya kes berulang’ sebelum ni pun dah penah terjadi dan aku secara peribadi tak berminat dengan kes ini.


Kes yang kedua ni pada aku menarik skit. Ada ibu bapa yang menganggap cikgu macam along bila cikgu pergi kerumahnya untuk mengutip yuran sekolah anak. Aiyoo..cikgu disamakan dengan along la plak. Apa kes ni. Pada aku cikgu ni bagus, prihatin, sampai ke rumah nak selesaikan masalah yuran pelajar. Korang jangan tak tau ramai cikgu-cikgu yang mendahulukan duit dorg untuk selesaikan masalah bayar yuran pelajar. Last2 duit yang cikgu dulukan ni, burn mcm tu je. Ni memang terjadi.


 

Aku teringin sangat nak tgk rumah mak bapak budak yg ckp cikgu ni mcm along. Miskin sgt ke mak bapak budak ni sampai tak dapat bayar yuran. Ntah2 kat umah tu siap ada astro lagi. Pelik sbenanya dgn sesetengah mak bapak ni. Belanja anak makan kfc ke mcdonalds ke pizza ke mampu, bayar yuran tak mampu. Last2 cikgu gak yang dorg persalahkan. Kesian kat cikgu2 ni.


Aku tak nak tulis entry panjang2 pasal masalah-masalah kat skola ni. Sbb siang tadi aku join satu forum tu, aku berborak la dgn sorg cikgu ni, kami bercerita masalah2 yang cikgu hadapi kat skola. Aku bercerita berdasarkan pengalaman singkat aku semasa jadi cikgu, cikgu tu pula bercerita berdasarkan pengalaman dia. Tp lain plak yang jadi, ada sorg forumer tu bakal cikgu (aku sure budak ni student UPSI) mcm tak sangka plak adanya masalah2 yang kami cerita tu. Risau aku budak ni jadi lemah semangat nak jd cikgu. Nanti kalo aku tulis masalah2 kat skola berdasarkan pengalaman aku kat blog aku ni, korg pun ikut lemah semangat.


Pertama kali aku rasa aku tak merepek dan pertama kali aku rasa aku bakal jadi cikgu yang bitara lagi unggul. Hahahaha


Aku : Kak..saya nak ambik maklumat untuk siapkan buku program sukan ni kak.

Kerani : Ala ko ni..akak tgh tgk Rosalinda ni..ko ni kaco betul la. Datang tak kena time.

(Tak kena time pala hangguk ko..nak tunggu abis Rosalinda la gamaknya..ko pun dah selamat sampai kat umah. Pagi td aku mintak ko suruh datang petang. Datang petang, tak kena time plak ko ckp. Amboi..mata merah2 tgk Rosalinda..nangis la tu..teh biskut semua ada. Kerani ni dah mcm umah plak di buat pejabat ni)

Kompem situasi kat atas ni ada terjadi kat skola skrg ni. Skrg kan bwg putih bwg merah tengah meletup

 

January 26, 2007

Drama Kerana Dirimu Begitu Berharga

Lokasi : rahsia (cet..podah)

Masa : 4.15 pagi


Boy : Apa kite nak buat ni Andey? Housmate kite semua dah tido dah.

ND : Kite usyar2 group kat friendster ni ok gak kan Boy.

Boy : OK..aku set je. Ko tgk ni..ada group Johorean dgn UPSI la. Kita join eh Boy.

ND : Aku no hal je. Eh..kite tgk2 skali sape dia punye membe group Johorean dgn UPSI ni.

Boy : Eh..aku kenal sorg dua je la. Yang lain2 ni aku xkenal pun.

ND : Ala..xkisah la. Dorg pun bukan kenal ko pun. Jangan ko nak prasan glamer plak.

Boy : Eh..ko prasan tak apa yang aku perasan.

 ND : Ko ni tak abis2 dgn eh ko. Apa yang ko prasan ni. Cite skit kat aku.

Boy : 95% kat group ni umur dorg 19-22 tahun la. Ko tak malu ke dah tua2 ni layan frienster.

ND : Er..er..er..aku tido dulu la.


(Mereka terus tido sbb org kata..kalo slalu tak cukup tido..muka cepat berkedut..cepat tua **masalahnye betul ke tak cukup tido..sure bgn tgh ari nanti ni** AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA : SIMPAN SPENDER BERLUBANG ANDA DI TEMPAT YANG SELAMAT BG MENGELAKKAN SEBARANG KECURIAN. MEREKA BERCADANG UNTUK MENCURI SPENDER BAGI MENGEKALKAN KE-AWET-AN KE-MUDA-AN)

January 24, 2007

MIMPI NGERI DI MALAM KHAMIS

Emm…apa nak buat ye..boring sungguh malam ni. Nak merepek merapu meraban mcm xde idea plak. Emm..kena seru idea skit ni. Kasik nyala rokok dulu. Hehehehe…

Fusss…asap berkepul2 gitu. Aha..korang penah tgk x cite My Girl..korean romantic comedy drama tuh. Ada satu scene tu heroin dia (cute sgt woo..i like) tipu dia punye hero (ensem woo tp xpe la..free pun haku xhingin), heroin tu ckp..pejam mata pastu kira sampai 10..Dah abis kira nanti..orang pertama yang dia nampak tu lah orang yang hero tu cintai/sayang. Lbh kurang gitu la dia ckp.

Memandangkan aku tgh boring tahap cipan ni..idea pun tarak..aku ingat nak try la idea ni. So aku duk atas kusi aku ni..pejam mata..kasi pusing kusi aku..kira sampai 10..benda pertama yang aku nampak dalam bilik aku ni kiranya benda yang aku paling sayang la kan..benda yang aku paling cintai la konon.

Bismillah..saspen siot..ntah apa la ek benda yang aku paling sayang..paling cintai nih. Pejam mata pastu kasi pusing..wang besar..wang besar..Eh..focus skit. Wang besar lak..kira 1-10 la..1..2..3..4..5..6..7..8..9..10. Kasik buka itu mata sepet mu..Ek eleh..korang tau apa aku nampak..ATOK (bukan nama sebenar) housemate aku tu. Ni mesti sebab aku x focus tadi ni. Takkan la si atok ni plak yang aku paling sayang..paling cintai kan..kan..kan. Apa barang dengan atok. Ceh..cuba lagi skali lah. Apa yang aku bole wat dgn atok nih.

Ok..Kena focus bebetul ni. Pejam mata..pusing..kira sampai 10 pastu bukak mata. Jeng..jeng..jeng. Dum dum chenggg..(apsal sound effect cina mati pun leh masuk skali ni). Ya Allah..ATOKKK LAGI. Apsal dia ni gak yang aku nampak. Xleh trima akal tul. Eleh..leh..leh..Ko ingat ko xpakai baju..pakai tuala je..seksi la ko eh atok. Eh..eh..eh..wat muka cute lak. Ko ingat aku tergoda la. Chettt…

Try lagi wat kali ketiga. Pejam mata..pusing..kira sampai 10 pastu bukak mata dannnnnn..Hahhhhh… TIDAKKK!!!! ATOK lagi. Ceh..tipu la benda2 ni semua. Apsal la aku asik nampak si atok ni gak. Korang tgk la tu..dah la beliau ni pakai tuala jek..terselak skit plak tu. Eh..tp kan..seksi gak beliau ni kan. Adeh..kesitu plak aku pikir. Ni betul2 merepek merapu meraban dah aku ni. Bahaya tul. Tetiba berdebar2 lak dada ku. Betulke aku sayang aku cinta kat atok. Kena sembahyang tobat ni.


(sambil menuju ke bilik air..sempat ku merenung atok yang sedang menggigit roti..Isk..isk..isk..memang seksi la atok ni. Kompem seksi. Meowww… Astaga..apa yang aku pikirkan ni. Ya Allah!!! Kembalikanlah hamba mu ini ke ‘landasan’ yang benar..)


PERINGATAN : CERITA INI ADALAH REKAAN SAHAJA. PEREPEK MASIH BELUM TERPESONG LAGI. ELIS..I STILL NORMAL. U JGN RISAU YE. WATAK ATOK JUGA HANYALAH REKAAN SAHAJA..TETAPI JIKA ADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK BERKENALAN DGN ATOK YG SEKSI ITU..HARGA BOLEH RUNDING MAAA…